Taska Little Feetrah Review
Dalam sebuk nak cari taska utk ank ni, aku agak tertarik dengan Taska Little Feetrah ni. First story aku nk cerita kenapa hantar anak pegi taska kenapa bukan mak jaga, pengasuh dan sebagainya.
Hantar pengasuh.
Masa aku bersalin adalah terjadinya MCO. Kali pertamanya Malaysia TOTAL LOCKDOWN. Aku dan habis pantang dan aku kene start kerja dimana ada beberapa sektor dan boleh kerja rotion.
Dengan kelamkabut aku pun cari pengasuh anak 3 bulan. alamak time MCO ni taska mane bukak babysitter je yang ada. Cari punya cari kawan pun bagi no org yang ngasuh anak dia.Ok dia setuju nak ngasuh. pada mula tengok ok bagus. Anak ada merah skit bagitau detail lah orang kata.
Dah lama tu aku pun nampk rumah dia ramai orang. Sebab budak yang transit tp x skolahkan. So mgkin nmpk ramai. Tiba2 aku nmpk ada baby baru. wktu tu ank aku umur 7bulan x silap. Ok lah xpelah. Hari trus berlalu.
Sekian lama tu nampak baby baru. Ank dan 1 tahun. Ok ada lagi baby baru. Dalam rumah dia ada dlm 10 org budak termasuk ank dia 3 org. Ank umur 1 thun keats ni lasak ye. sebab dah mula nk exlpore . Kaki dah ada. So pantauan tu kene lebih. Dia ambik baby lagi aku kata. mati la nak.
Satu hari aku melepak dgn kwn aku yng hatar anak sama tempat dengn aku ni dia bgtau anak dia asal balik rumah lapa. Macam org x beri makan. Sama lah dgn ank aku pun. Balik je ckp nk mom , pa lapa katanya. Kalau makan masuk mulut lepas tu mntak lagi dgn keadaan agak gelojoh mkan tu. Macam tulah.
Aku pun bgtau suami nk pindah masuk taska, x boleh la dok ngasuh ni. Dengan xda belajar asyik tgk tv je. main2 pon mcm tu je sebab nye kawan lebih kurg dia 2 org je. yang lain dan besar budk transit. Kerja main phone. Dia balik rumh pon sibuk nak main telpon mak dia. X penah aja anak pkai telpon sebab dia tengok org dia ikut.
Hantar Taska
Cari2 taska , yang little Feetah ni dia special sb mahal. Otak pon pikir mesti tempat dia best cantik belajar guru ramai byk aktivite. Bila sampaikan, mak ai , ni ke taska nya. Macam rumah yang lama dia biar kan.
Bulan2 byar mahal. Yuran dftar pon RM 1 +++ above ye. Jauh lah dari expectation aku. Bagi aku bayar mahal tmpat cantik slesa x kesah. Ok xpe dah sampaikan sebab dh buat apoiment nak jumpa dia.
Aku disambut dengan baik, ramah lembut orgnye. Guru besar yang jumpa kau tu. Then ok lah. Dia explain sgt bagus. Last abis dia cerita aku tanya , klau dekat bangi ni nak cari tempat taska baru mcm cyberjaya ke putrajaya ke x dpat kan. Sebab sana bangunan baru so cantik. Bangi kebanyakan rumah lama.
Dia pon cerita kenapa x berapa lawa taska nye. Dia sewa sahaja tempat tu, nk buat sebarang renovation owner xnk bagi kerjasama. Mintak owner jual pon x nk. so diorg buat mna yang ada shja. OK aku baru paham. So bila aku tgk taska tadika yang mcm lama2 tu otak aku bgtau dia sewa sb tu x boleh nk buat renovate lebih2. Buat owner nk rumah tu balik sgala renovate cost rugi la kan.
Yang bestnye taska ni,cikgu dia ramai. so nk pantau anak korang tu xda hal. Bab mkn 3 ke 4 kali mkn ke 5 kali x silap. bnyk jugk. so berbaloi juga byr banyk confirm ank korang kenyang. Dari segi aktivit pon ok jugak. Ada outdoor and indoor activities. Anak2 penting aktiviti luar sebab dkt rumah pon duduk rumah. So atleast dekat taska dia tau rumput pasit tanah. Pendedahan alam sekitar bagus untuk anak kita.
Bayaran itu banyak untuk makan dan aktiviti anak2 kita. Tmpat tu tutp mata skit lah. Nk slesa nun jauh anta ank p putrajya ka cyberjaya ka. Hahaha. Gurau saja. Jenuh aku survey tau nk cari tempat untuk anak aku ni. Aku ni cerewet senag cita. Kalau x dftar mmg x lah aku nk hantar, jadi pape kita x boleh nk tuntut ye, sb dia x daftar. Aku nk yang taska dkt bwah. Bukan atas awang2 bukan rumah kedai ke blok kedai ke xnak. Aku nak ada ruang bawah untk anak kluar main2. Aku nk tgk aktiviti, jadual diorg, makan, mainan yang ada, kemudahan yang ada. Cerewet kan. Haha.
So terpulang kepada anda nk mcm mna. Bagi aku, aku suka dgn service yang di sediakan. Lebih cangeh bila communication dia pkai app diorg sendiri disamping pakai buku harian ank2 kita tu.
Semestinya berdaftar dan patuh patuh SOP utk COVID19.
Selamat mencari Taska yang bagus untuk anak2 anda.
Ulasan
Catat Ulasan