Perniagaan apa yang boleh dibuka

 Mencari maklumat mengenai pembukaan klinik sendiri ke tu. Betul lah anda disini. 

Maklumat ini untuk anda yang nak tahu. 

Perniagaan yang orang kata terjamin tapi perlu kena dengan lokasi, cara  dan keperluan penting yang lain. 

Masih belum ada idea klinik nak buka dekat mana, tidak pasti bagaimana dia peroperasi, tidak yakin diri boleh menjalankan perniagaan dalam industri kesihatan bagaimana untuk menguruskan klinik ,ubat dan lain-lain keraguan, boleh saja anda berjumpa dengan konsultant pembukaan klinik. Mereka akan bantu anda. 

Pemulaan perniagan yang baru perlu lah anda buat kajian yang lebih mendalam untuk memastikan dalam masa jangka masa yang pendek tidak membebankan dan jangka masa yang panjang memberi pulangan yang baik. 

Sebarang pertanyaan untuk pembukaan klinik boleh maklumkan pada kita venture.in22@gmail.com

Langkah-Langkah Memulakan Sebuah Klinik

Sebaik sahaja anda memutuskan bahawa anda bakal membuka klinik sendiri, anda perlu mengambil langkah-langkah berikut bagi memulakan klinik di Malaysia:

Langkah 1 : Pembukaan klinik wajib kene ada OYB (orang yang bertanggungjawab ) dari kalangan Doktor yang mempunyai sijil yang sah. Bermaksud ada usahawan mungkin anda dan ada OYB. 2 orang ya. Sekiranya tiada kenalan Doktor kita akan bantu. 

Langkah 2 : Ada SSM boleh guna Enterprise tapi lebih baik Sdn Bhd

Langkah 3 : Pastikan premis itu sama ada disewa atau bangunan yang anda sendiri miliki.

Langkah 4 : Mohon pendaftaran dengan negeri masing-masing (dikehendaki oleh Akta Kemudahan & Perkhidmatan Kesihatan Persendirian 2016).

Langkah 5 : Sediakan pelan lantai klinik yang perlu mematuhi sepenuhnya senarai keperluan bilik dan ukuran yang ditetapkan di dalam Akta 586.

Langkah 6 : Pinda Sijil Amalan Tahunan (APC) untuk memasukkan alamat klinik baru anda

Langkah 7 : Dapatkan lesen untuk iklan klinik dari Majlis Tempatan.

Langkah 8 : APC diperlukan untuk memesan bekalan ubat.

Langkah 9 : Pastikan akaun KWSP dan PERKESO bagi kakitangan dilengkapkan.

Langkah 10 : Jika mesin x-ray disediakan di klinik, anda perlu mendapatkan lesen khusus yang akan membolehkan anda berbuat demikian. 

Semua klinik perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Syarikat asing perlu memperbadankan syarikat mereka di bawah Akta Syarikat 2016 sekiranya berhasrat membuka praktis persendirian di Malaysia.

Kos pembukaan klinik minimum RM150,000.00 (RM 150k). 

So boleh pelbagaikan servis klinik anda untuk tarikan pelanggan anda.  

Semoga membantu ada persoalan boleh komen atau email kami untuk maklumat lebih lanjut (venture.in22@gmail.com)

Dengan pengalaman lebih dari 6 tahun dalam industri kesihatan, kami sedia merealisasikan impian anda. 😄

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Allergic Blood Test as salam

Pemeriksaan Cermin Kereta

Process loan Kereta